Saturday, July 28, 2012

Servis dan Cuci Kereta

Hari ni aku pegi EON Servis Glenmarie untuk servis kereta aku. Ini kali ke 5 aku servis setelah hampir setahun enam bulan menggunakan kereta ni. Kali ini aku buat 'major service' iaitu untuk 40,000km.

Aku dah tetapkan temujanji pada jam 9.30 pagi. Tapi aku sampai kat situ jam 10 pagi. Huhu..... Setelah menunggu giliran, kereta aku siap diservis pada jam 12.30 tengahari.

Aku jugak ringan mulut nak tanya Service Advisor tu berapa kos untuk servis kali ni. Katanya RM500++. Ye lah...aku tanya sebab baucer servis percuma tinggal 1 je lagi. Iaitu untuk 50,000km. Selama ni aku tak pernah bayar satu sen pun untuk keseluruhan kos servis. Ini termasuklah alat ganti dan upah. Alhamdulillah.

Lepas dah siap servis, aku pun pergi mandikan kereta aku kat Caltex Glenmarie. Aku puas hati cuci kereta kat sini. Kualiti cuciannya memang bagus. Tak hairanlah kereta-kereta mewah cuci kat sini. Malah kereta-kereta baru kawasan Glenmarie pun cuci kat sini. Sekian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 27, 2012

Duit Raya Design Baharu

Hari ni aku dah berjaya menukar duit raya. Menariknya kali ni aku dapat kesemua design baru. Gambar ni bukanlah duit aku semuanya. Seperti biasa aku menerima pesanan dari adik beradikku yang nak tukar juga.

Aku dapat bantuan dari bekas rakan sekerjaku yang tiap-tiap hari akan ke bank. Jadi dengan hubungan baik yang terjalin, senang la dapat tukar. TQ to Miss Ada.

Korang dah tukar ke? Kebiasaannya bank akan menetapkan tarikh penukaran duit raya. Aku tak tau la bila tarikh tersebut. Semuanya bergantung pada cawangan itu sendiri. Bila sampai tarikhnya, cepat la habis. Hehehe......


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 23, 2012

Hasil dari Kad Mesra

Alhamdulillah aku dapat menebus mata kad mesra buat kali ke 3.  Kali ni aku pakai 1000 mata bersamaan RM10.  Sebelum ni aku dah tebus majalah solusi ni jugak.  Tapi yang dulu pun tak habis baca lagi. Hehe.....

Oh ya, hari ni dah 3 Ramadhan.  Dah hampir memasuki 4 Ramadhan.  Macam mana dengan amalan kalian?  Jom kita perbanyakkan ibadah.  Manfaatkan ruang masa yang ada ni.  Ok la, aku nak tengok cerita geng surau musim ke-2 ni. Hahaha.....


Sent from my iPad

Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433H

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Maklum la kesibukan yang melanda sejak bertukar kerja menjadi penghalang. Namun dalam kesibukan itu, banyak perkara yang dah berlaku dan merupakan pengalaman yang bermakna buatku. Aku bertukar kerja ke bidang yang amat asing bagi ku. 2 bidang baharu sekaligus. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari.

Sebenarnya bukan itu yang aku nak kongsikan. Tapi posting kali ini khusus untuk aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Marilah sama-sama kita kutip segala kelebihan yang ada padanya. Mari kita menambah amalan sunat kita. Meneruskan segala amalan sebelum ini. Kerana Allah telah menjanjikan ganjaran yang belipat kali ganda. InsyaAllah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...