Wednesday, September 21, 2011
Puasa Enam: Hari Kelima
Aku dah berjaya melengkapkan puasaku untuk hari ke-5. Alhamdulillah. Sahur aku seperti biasa pada jam 5.15 pagi dengan menu yang sama seperti semalam iaitu roti High5 perisa blueberry. Hahaha.... Pagi tadi cuaca cerah. Tapi menjelang tengahari, hujan turun dengan lebatnya. Memang amat menyejukkan.
Menu berbuka puasa hari ni ialah agar-agar dan air kosong. Seterusnya aku beli nasi lemak berlauk ayam goreng dan sambal petai. Sambil-sambil tu tengok bola perlawanan kelayakan olimpik 2012 antara Jepun melawan Malaysia. Minit ke 10, Jepun dah mendahului satu gol. Permainan di separuh masa pertama agak hambar. Tapi pada separuh masa kedua pula sebaliknya. Kesudahannya Malaysia tewas 0-2 di tangan Jepun.
Sekian saja coretan buat kali ni. Wassalam.....
Send from my iPad
Labels:
Puasa Enam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.