Ketika kita sdg sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, jgnlah kita lupa untuk menyambut hari kemerdekaan kali ke 54. Tahun ini tema hari kemerdekaan tahun 2011 adalah "1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera".
Istimewanya sambutan tahun ni ialah ianya disambut pada hari ke 2 umat Islam menyambut Aidilfitri. Sekaligus menyebabkan aku mendapat cuti 3 hari. hehehe.....
Apa-apa pun....selamat berpuasa enam bagi yg mula berpuasa pada hari ini. Aku mungkin akan start berpuasa pada minggu depan. InsyaAllah.....
Wednesday, August 31, 2011
Tuesday, August 30, 2011
Pagi 1 Syawal 1432H
Ketika ini umat Islam sedang berada di masjid dan surau untuk sama-sama menunaikan satu fardu kifayah iaitu solat sunat hari raya aidilfitri. Begitu juga aku. Aku kini sedang berada di Masjid al-Khairiah, Kg Air Ganda Temenggor. Namun posting ini telah aku jadualkan pada jam 9.00 pagi 1 Syawal.
Marilah sama-sama kita renungi kata-kata berikut:

Akhir kalam, renung-renungkan dan mari kita ziarah menziarahi saudara mara dan sahabat taulan.
"Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yg indah, tapi Allah SWT berikan kaktus berduri,Kita meminta kupu-kupu, tapi diberikan ulat. Kita pun sedih, kecewa bahkan marah!! Namun kemudian kaktus itu berbunga yg indah sekali & ulat itu pun menjadi kupu-kupu yg cantik. Itulah jalan ALLAH SWT, indah pada waktu-Nya! Allah tidak memberi apa yg kita harapkan, tapi ALLAH SWT memberikan apa yg kita perlukan."
Location:
Gerik, Perak, Malaysia
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H
Ketika korang membaca posting ini, Ramadhan telah meninggalkan kita. Kini Syawal pula menjelma. Di masjid, tv, radio dan rumah-rumah kedengaran takbir dilaungkan bermula selepas Solat Maghrib tadi. Maka beruntunglah mereka yg dpt menempuhi ujian Ramadhan dan beroleh ketaqwaan. Di kesempatan yg ada ini aku ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala keterlanjuran yg telah aku lakukan.
Tahun ni seperti biasa aku beraya di kampungku di Gerik, Perak. Kalau tak silap, thn ni merupakan thn kedua kami beraya di rumah sendiri di kampung setelah ayah bersara. Namun utk thn ni, abg-abgku dan adikku beraya di rumah mertua masing-masing yakni di Pahang dan Kuala Kangsar. Tinggallah kami yg masih bujang ni beraya bersama kedua ibu bapaku di kampung. Tak tahulah tahun depan macam mana pulak.
Akhir kata, janganlah kita melakukan pembaziran di saat kita meraikan Aidilfitri ini. Janganlah terlampau ghairah bermaafan sehingga bersalaman di kalangan yang bukan mahram. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H.

Monday, August 29, 2011
Jejak Warisan Terakhir
Sebenarnya dah lama aku nak bercerita tentang lawatan singkat aku ke Singapura pada 17/06/2011 yg lalu. Tapi disebabkan masa yg agak terhad, niat aku terbantut. Jadi kesempatan yg ada ni aku gunakan utk berkongsi pengalaman dgn korang sume.
Sebelum solat Jumaat, aku pegi ke Stesen KTM Subang Jaya utk beli tiket. Alhamdulillah tiket utk "kelas 2 duduk" ada lagi. Aku pun terus beli 3 tiket pegi balik utk aku, faiz dan pie. Masa kat opis, aku tgk KTM ada tambah koc baru utk "kelas 2 katil". Lepas abis keje aku sekali lg ke stesen yg sama utk upgrade tiket aku. Berjaya!! Nampaknya malam ni aku dpt tido dgn nyenyaklah.
Dipendekkan cerita, Asyraf hantar kami ke LRT Kelana Jaya utk KL Sentral. Tren ke Singapura pada jam 11 malam. Mlm tu aku tido nyenyak gak. Setibanya kami di JB Sentral, pegawai Imigresen Malaysia mula memasuki tren utk memeriksa pasport. Seterusnya tren mula bergerak melalui Tambak Johor dan tiba di Pusat Pemeriksaan Keretapi Woodlands. Kami disuruh keluar dari tren bersama-sama barang masing-masing utk pemeriksaan Imigresen dan Kastam Singapura. Setelah sejam, tren mula bergerak membelah bumi Singapura melalui Stesen KTM Bukit Timah dan seterusnya menuju ke destinasi terakhir iaitu Stesen KTM Tanjong Pagar.
Ketika itu aku mula mengambil posisi di tepi pintu utk melihat suasana keadaan sekitar. Perasaan bangga terpancar ketika mana melihat lokomotif bergambar harimau meluncur laju membelah bumi Singapura. Mana tidaknya, tanah ini merupakan tanah milik Malaysia yang bakal diserahkan kepada Singapura bermula 01/07/2011. Kerana itu jugalah kami ingin menjejaki Stesen KTM Tanjong Pagar yang merupakan warisan terakhir KTM dia Singapura. Selepas ini, KTM hanya akan beroperasi di Woodlands.
Setibanya kami di Stesen KTM Tanjong Pagar, kelihatan begitu ramai penumpang mula bergambar di keseluruhan kawasan stesen ini. Aku pun tak ketinggalan mengambil gambar kenang-kenangan yang akan menjadi bukti bahawa aku pernah menjejakkan kaki di sini. Di sini juga merupakan penghujung landasan keretapi Trans Asia.
Setelah puas bergambar di kawasan landasan, kami terus ke bilik mandi utk membasahkan badan. Bayaran utk masuk ke tandas ialah SGD0.40, manakala untuk mandi SGD1.00. Setelah itu, kami ke kafeteria bersebelahan utk bersarapan pagi. Menu yg aku pesan ialah Nasi Lemak Ayam berharga SGD2.50. Selesai bersarapan, kami mula mengambil gambar sekitar kawasan dalam stesen. Setiap sudut aku ambil gambar.
Setelah puas bergambar, kami mula berjalan kaki mencari stesen MRT terdekat. Tujuan kami untuk bergambar di depan patung Merlion. Orang kata tak sah ke Singapura kalau tak bergambar di situ. Tapi kali ni aku hanya nak bercerita pasal stesen ni je. So, kalau ada kesempatan aku akan bercerita pula tentang aktiviti kami setelah tiba di Singapura.
Pada malamnya kami tiba semula di stesen ini untuk pulang ke Kuala Lumpur. Malam tu aku makan mee rebus. Setelah selesai mandi dan solat Isyak, kami terus bergegas ke kaunter Imigresen Malaysia utk menaiki tren yg sedia menunggu. Pukul 10.30 mlm, keretapi mula bergerak meninggalkan stesen ini. Perasaan hiba mula terasa. Selepas ini stesen ini tidak lagi beroperasi. Landasan yg kami lalui ini juga akan dimusnahkan. Tanah ini bukan lagi milik negara kita. Itulah perjanjian yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia. Hatiku hanya mampu berkata "Selamat Tinggal Tanjong Pagar!".
Inilah Jejak Warisan Terakhir......
Sebelum solat Jumaat, aku pegi ke Stesen KTM Subang Jaya utk beli tiket. Alhamdulillah tiket utk "kelas 2 duduk" ada lagi. Aku pun terus beli 3 tiket pegi balik utk aku, faiz dan pie. Masa kat opis, aku tgk KTM ada tambah koc baru utk "kelas 2 katil". Lepas abis keje aku sekali lg ke stesen yg sama utk upgrade tiket aku. Berjaya!! Nampaknya malam ni aku dpt tido dgn nyenyaklah.
Dipendekkan cerita, Asyraf hantar kami ke LRT Kelana Jaya utk KL Sentral. Tren ke Singapura pada jam 11 malam. Mlm tu aku tido nyenyak gak. Setibanya kami di JB Sentral, pegawai Imigresen Malaysia mula memasuki tren utk memeriksa pasport. Seterusnya tren mula bergerak melalui Tambak Johor dan tiba di Pusat Pemeriksaan Keretapi Woodlands. Kami disuruh keluar dari tren bersama-sama barang masing-masing utk pemeriksaan Imigresen dan Kastam Singapura. Setelah sejam, tren mula bergerak membelah bumi Singapura melalui Stesen KTM Bukit Timah dan seterusnya menuju ke destinasi terakhir iaitu Stesen KTM Tanjong Pagar.
Paip air dari Malaysia di Tambak Johor |
Ketika itu aku mula mengambil posisi di tepi pintu utk melihat suasana keadaan sekitar. Perasaan bangga terpancar ketika mana melihat lokomotif bergambar harimau meluncur laju membelah bumi Singapura. Mana tidaknya, tanah ini merupakan tanah milik Malaysia yang bakal diserahkan kepada Singapura bermula 01/07/2011. Kerana itu jugalah kami ingin menjejaki Stesen KTM Tanjong Pagar yang merupakan warisan terakhir KTM dia Singapura. Selepas ini, KTM hanya akan beroperasi di Woodlands.
Stesen KTM Tanjong Pagar |
Setibanya kami di Stesen KTM Tanjong Pagar, kelihatan begitu ramai penumpang mula bergambar di keseluruhan kawasan stesen ini. Aku pun tak ketinggalan mengambil gambar kenang-kenangan yang akan menjadi bukti bahawa aku pernah menjejakkan kaki di sini. Di sini juga merupakan penghujung landasan keretapi Trans Asia.
Sistem hidraulik di hujung landasan |
Penghujung landasan |
Bukti aku dah jejakkan kaki di sini |
Setelah puas bergambar di kawasan landasan, kami terus ke bilik mandi utk membasahkan badan. Bayaran utk masuk ke tandas ialah SGD0.40, manakala untuk mandi SGD1.00. Setelah itu, kami ke kafeteria bersebelahan utk bersarapan pagi. Menu yg aku pesan ialah Nasi Lemak Ayam berharga SGD2.50. Selesai bersarapan, kami mula mengambil gambar sekitar kawasan dalam stesen. Setiap sudut aku ambil gambar.
Bahagian dalam stesen |
Bahagian luar stesen |
Aku pernah ke sini |
Pada malamnya kami tiba semula di stesen ini untuk pulang ke Kuala Lumpur. Malam tu aku makan mee rebus. Setelah selesai mandi dan solat Isyak, kami terus bergegas ke kaunter Imigresen Malaysia utk menaiki tren yg sedia menunggu. Pukul 10.30 mlm, keretapi mula bergerak meninggalkan stesen ini. Perasaan hiba mula terasa. Selepas ini stesen ini tidak lagi beroperasi. Landasan yg kami lalui ini juga akan dimusnahkan. Tanah ini bukan lagi milik negara kita. Itulah perjanjian yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia. Hatiku hanya mampu berkata "Selamat Tinggal Tanjong Pagar!".
Inilah Jejak Warisan Terakhir......
Sunday, August 28, 2011
First Posting
Ini merupakan post aku yg pertama dlm blog ni. Org lain ada blog, so aku pun nk ada blog. Tak tau nak tulis ape pun. Nanti aku pikir ape yg nak diceritakan kat sini. Maybe aku akan ceritakan tentang aktiviti harian, travel diary dan sebagainya. Ape-ape pun selamat melayari blog ni. Hehehe....
Subscribe to:
Posts (Atom)