Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Duit Raya Design Baharu

Hari ni aku dah berjaya menukar duit raya. Menariknya kali ni aku dapat kesemua design baru. Gambar ni bukanlah duit aku semuanya. Seperti biasa aku menerima pesanan dari adik beradikku yang nak tukar juga.

Aku dapat bantuan dari bekas rakan sekerjaku yang tiap-tiap hari akan ke bank. Jadi dengan hubungan baik yang terjalin, senang la dapat tukar. TQ to Miss Ada.

Korang dah tukar ke? Kebiasaannya bank akan menetapkan tarikh penukaran duit raya. Aku tak tau la bila tarikh tersebut. Semuanya bergantung pada cawangan itu sendiri. Bila sampai tarikhnya, cepat la habis. Hehehe......


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 13, 2011

Jamuan Hari Raya Kowamas


Hari ni Kowamas ada buat jamuan hari raya bertempat di perkarangan pejabat tingkat 9. Pukul 12 tengahari semua staf dah sibuk menghias diri. Aku pun tak terkecuali. Aku mengenakan baju melayu ungu yang mak aku buat masa kenduri kahwin adikku tempoh hari.


Kami mula bergerak ke lokasi jamuan. Maklum la pejabat aku terletak di tingkat 13 blok C. Manakala lokasi jamuan di blok B. Tahun ni pihak pentadbiran masih menggunakan khidmat katering yang sama seperti tahun lalu. Sedap katanya. Memang sedap pun. Tambah-tambah ada kambing golek. Hehehe.....


Lepas habis jamuan apa lagi, balik buat kerja la. Dah la aku tak siap closing account lagi ni. Mampus..... Ok la, sekian saja. Wassalam.....

Sent from my iPad

Friday, September 02, 2011

Jamuan Hari Raya & BBQ

Malam ni kami sekeluarga mengadakan majlis jamuan hari raya dan BBQ utk keluarga terdekat.  Ini merupakan kali ke-2 majlis seumpama ini diadakan.  Pagi-pagi lagi aku, ayah dan abgku ke pekan Gerik untuk membeli bahan-bahan yg diperlukan.  Tahun ini kami memasak 4 ekor ayam yg telah dipotong 16.  Tahun lepas hanya 2 ekor ayam.  Setelah semua barangan dibeli, kami terus pulang ke rumah untuk membuat persiapan.

Perkara pertama yang aku buat ialah menyediakan dapur tempat untuk bakar ayam.  Kali ini aku menyediakan 2 buah dapur.  Manakala adik-adik dan kakak-kakak iparku menyediakan ayam dan bahan lain untuk dimasak.


Selepas solat asar, aku mula membasuh dapur buatan ku itu.  Selepas itu, aku mula menyalakan api menggunakan kayu api yang sedia ada.  Aku menggunakan kayu getah.  Sengaja aku nyalakan api lebih awal, takut-takut lambat pula nanti.   Maklumlah 4 ekor ayam yang akan dibakar.  Itu tidak termasuk daging burger dan sosej lagi.


Pukul 7 malam barulah ayam mula dibakar.  Disebabkan dapur yang besar, 3/4 ayam tersebut telah berada di atas api.  Nah, tahun ni takdelah lambat siap.  Tambahan pula sepupu dan adik iparku turut membantu.  Selepas solat maghrib, kebanyakan ayam dah siap dibakar.


Majlis yang telah dirancang selepas solat Isyak berjalan dengan lancar.  Juadah telah siap berada di atas meja.  Antaranya ialah bihun sup tulang, ayam, sosej, daging burger, salad, kentang goreng dan coslow (betul ke aku eja ni).  Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh sepupuku yang merupakan seorang ustaz di KAGAT.  Setelah itu, sesi menghabiskan juadah pun bermula.

Alhamdulillah, tahun ni lebih teratur dan lancar berbanding tahun lepas.  Ada sedikit penambahbaikan yang perlu dibuat untuk tahun depan.

Sekian.....

Tuesday, August 30, 2011

Pagi 1 Syawal 1432H

Ketika ini umat Islam sedang berada di masjid dan surau untuk sama-sama menunaikan satu fardu kifayah iaitu solat sunat hari raya aidilfitri.  Begitu juga aku.  Aku kini sedang berada di Masjid al-Khairiah, Kg Air Ganda Temenggor.  Namun posting ini telah aku jadualkan pada jam 9.00 pagi 1 Syawal.




Marilah sama-sama kita renungi kata-kata berikut:

"Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yg indah, tapi Allah SWT berikan kaktus berduri,Kita meminta kupu-kupu, tapi diberikan ulat. Kita pun sedih, kecewa bahkan marah!! Namun kemudian kaktus itu berbunga yg indah sekali & ulat itu pun menjadi kupu-kupu yg cantik. Itulah jalan ALLAH SWT, indah pada waktu-Nya! Allah tidak memberi apa yg kita harapkan, tapi ALLAH SWT memberikan apa yg kita perlukan."
Akhir kalam, renung-renungkan dan mari kita ziarah menziarahi saudara mara dan sahabat taulan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Ketika korang membaca posting ini, Ramadhan telah meninggalkan kita.  Kini Syawal pula menjelma.  Di masjid, tv, radio dan rumah-rumah kedengaran takbir dilaungkan bermula selepas Solat Maghrib tadi.  Maka beruntunglah mereka yg dpt menempuhi ujian Ramadhan dan beroleh ketaqwaan.  Di kesempatan yg ada ini aku ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala keterlanjuran yg telah aku lakukan. 


Tahun ni seperti biasa aku beraya di kampungku di Gerik, Perak.  Kalau tak silap, thn ni merupakan thn kedua kami beraya di rumah sendiri di kampung setelah ayah bersara.  Namun utk thn ni, abg-abgku dan adikku beraya di rumah mertua masing-masing yakni di Pahang dan Kuala Kangsar.  Tinggallah kami yg masih bujang ni beraya bersama kedua ibu bapaku di kampung.  Tak tahulah tahun depan macam mana pulak.

Akhir kata, janganlah kita melakukan pembaziran di saat kita meraikan Aidilfitri ini.  Janganlah terlampau ghairah bermaafan sehingga bersalaman di kalangan yang bukan mahram.  Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...