Monday, August 29, 2011

Jejak Warisan Terakhir

Sebenarnya dah lama aku nak bercerita tentang lawatan singkat aku ke Singapura pada 17/06/2011 yg lalu.  Tapi disebabkan masa yg agak terhad, niat aku terbantut.  Jadi kesempatan yg ada ni aku gunakan utk berkongsi pengalaman dgn korang sume.

Sebelum solat Jumaat,  aku pegi ke Stesen KTM Subang Jaya utk beli tiket.  Alhamdulillah tiket utk "kelas 2 duduk" ada lagi.  Aku pun terus beli 3 tiket pegi balik utk aku, faiz dan pie.  Masa kat opis, aku tgk KTM ada tambah koc baru utk "kelas 2 katil".  Lepas abis keje aku sekali lg ke stesen yg sama utk upgrade tiket aku.  Berjaya!!  Nampaknya malam ni aku dpt tido dgn nyenyaklah.

Dipendekkan cerita, Asyraf hantar kami ke LRT Kelana Jaya utk KL Sentral.  Tren ke Singapura pada jam 11 malam.  Mlm tu aku tido nyenyak gak.  Setibanya kami di JB Sentral, pegawai Imigresen Malaysia mula memasuki tren utk memeriksa pasport.  Seterusnya tren mula bergerak melalui Tambak Johor dan tiba di Pusat Pemeriksaan Keretapi Woodlands.  Kami disuruh keluar dari tren bersama-sama barang masing-masing utk pemeriksaan Imigresen dan Kastam Singapura.  Setelah sejam, tren mula bergerak membelah bumi Singapura melalui Stesen KTM Bukit Timah dan seterusnya menuju ke destinasi terakhir iaitu Stesen KTM Tanjong Pagar.


Paip air dari Malaysia di Tambak Johor

Ketika itu aku mula mengambil posisi di tepi pintu utk melihat suasana keadaan sekitar.  Perasaan bangga terpancar ketika mana melihat lokomotif bergambar harimau meluncur laju membelah bumi Singapura.  Mana tidaknya, tanah ini merupakan tanah milik Malaysia yang bakal diserahkan kepada Singapura bermula 01/07/2011.  Kerana itu jugalah kami ingin menjejaki Stesen KTM Tanjong Pagar yang merupakan warisan terakhir KTM dia Singapura.  Selepas ini, KTM hanya akan beroperasi di Woodlands.

Stesen KTM Tanjong Pagar

Setibanya kami di Stesen KTM Tanjong Pagar, kelihatan begitu ramai penumpang mula bergambar di keseluruhan kawasan stesen ini.  Aku pun tak ketinggalan mengambil gambar kenang-kenangan yang akan menjadi bukti bahawa aku pernah menjejakkan kaki di sini.  Di sini juga merupakan penghujung landasan keretapi Trans Asia.

Sistem hidraulik di hujung landasan

Penghujung landasan

Bukti aku dah jejakkan kaki di sini

Setelah puas bergambar di kawasan landasan, kami terus ke bilik mandi utk membasahkan badan.  Bayaran utk masuk ke tandas ialah SGD0.40, manakala untuk mandi SGD1.00.  Setelah itu, kami ke kafeteria bersebelahan utk bersarapan pagi.  Menu yg aku pesan ialah Nasi Lemak Ayam berharga SGD2.50.  Selesai bersarapan, kami mula mengambil gambar sekitar kawasan dalam stesen.  Setiap sudut aku ambil gambar.

Bahagian dalam stesen

Bahagian luar stesen
 
Aku pernah ke sini
Setelah puas bergambar, kami mula berjalan kaki mencari stesen MRT terdekat.  Tujuan kami untuk bergambar di depan patung Merlion.  Orang kata tak sah ke Singapura kalau tak bergambar di situ.  Tapi kali ni aku hanya nak bercerita pasal stesen ni je.  So, kalau ada kesempatan aku akan bercerita pula tentang aktiviti kami setelah tiba di Singapura.

Pada malamnya kami tiba semula di stesen ini untuk pulang ke Kuala Lumpur.  Malam tu aku makan mee rebus.  Setelah selesai mandi dan solat Isyak, kami terus bergegas ke kaunter Imigresen Malaysia utk menaiki tren yg sedia menunggu.  Pukul 10.30 mlm, keretapi mula bergerak meninggalkan stesen ini.  Perasaan hiba mula terasa.  Selepas ini stesen ini tidak lagi beroperasi. Landasan yg kami lalui ini juga akan dimusnahkan.  Tanah ini bukan lagi milik negara kita.  Itulah perjanjian yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia.  Hatiku hanya mampu berkata "Selamat Tinggal Tanjong Pagar!". 

Inilah Jejak Warisan Terakhir......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...