Thursday, September 22, 2011

Seks Remaja


Kondom dalam beg sekolah anak
HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.
Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.
Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.
Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.
Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.  “Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.
“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.
Sumber: Harian Metro (22/09/2011)

Wahai remaja, anda adalah pewaris bangsa dan agama. Ketahuilah keseronokan dunia hanya sementara.  Kehidupan di akhirat kekal abadi.  Setiap yang muda pasti akan tua.  Itu adalah sunnatullah.  Cuba bayangkan jika anda berada di tempat ibu atau bapa budak tu.  Apa perasaan anda di kala menjumpai kondom dalam beg sekolah anak anda?  Tambah pula jika anda tahu bahawa anak anda telah berzina?  Siapa yang patut dipersalahkan?  Padahal ketika muda, anda sendiri pernah melakukannya.  Nauzubillah.....

Ya Allah Ya Rabbuljalil, jauhkanlah aku dari lemas dalam keseronokan dunia. Hindarilah aku, keluargaku, saudaraku serta umat Islam keseluruhannya dari leka mengingatimu, cintakan dunia, takutkan mati. Sesungguhnya aku berpesan kepada para pembaca sekalian serta diriku sendiri juga.

Wassalam.....

1 comment:

  1. Tu kira alhamdulillah dapat mak pak yg masih tahu mana salah,mana betul. Kebanyakan mak pak sekarang pon dh xkesah anak dok becakap benda kotor merata. Siap ade murid selamba cite ke cikgu penah tengok video berjamaah dgn makpaknya. Ade kes cikgu ambil tindakan panggil makpak,ble maknye jawap "alah cikgu, tulis je bkn letak gambar".ada juga bapak yg jwp dgn banggenye"saya muda2 pon mcm tu jugak".tu baru sekolah kg.maknya sendiri pon sokong. Inilah dunia akhir zaman.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...